Hadiah dari Mentor
Status: Rogue Tahap 32 Semalam, mentor saya, BlueRose (Hawkeye Tahap 70), menghantar mesej kepada saya untuk berjumpanya dengan segera. Dengan mengunakan Scroll of Escape, saya berjaya kembali ke pengkalan dengan pantas tanpa berjalan kaki sejauh 3 km dari tempat pemburuan saya (Executioner Ground). Rupanya BlueRose ingin menukarkan dagger saya kepada dagger yang lebih baik di Blacksmith of Mammon. Saya kini mempunyai Mithril Dagger, dagger terbaik dalam kelas D. Nampaknya, peningkatan tahap akan bertambah lebih cepat dengan dagger baru ini. Terima Kasih, BlueRose. Maaf semua, BlueRose adalah lelaki. :D Hari ini, 1 Julai 2008, server Lineage 2 yang saya bermain kini, Server Aria, akan mempunyai keistimewaan yang baru, iaitu kadar peningkatan tahap yang bertambaha sebanyak 2 kali ganda. WOW. Ini adalah untuk membantu pemain-main baru lebih cepat mencapai tahap yang lebih tinggi dan membina kumpulan bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang sudah lama bermain Lineage 2. Tapi keisti...