Hadiah dari Mentor
Semalam, mentor saya, BlueRose (Hawkeye Tahap 70), menghantar mesej kepada saya untuk berjumpanya dengan segera. Dengan mengunakan Scroll of Escape, saya berjaya kembali ke pengkalan dengan pantas tanpa berjalan kaki sejauh 3 km dari tempat pemburuan saya (Executioner Ground). Rupanya BlueRose ingin menukarkan dagger saya kepada dagger yang lebih baik di Blacksmith of Mammon. Saya kini mempunyai Mithril Dagger, dagger terbaik dalam kelas D. Nampaknya, peningkatan tahap akan bertambah lebih cepat dengan dagger baru ini. Terima Kasih, BlueRose. Maaf semua, BlueRose adalah lelaki. :D
Hari ini, 1 Julai 2008, server Lineage 2 yang saya bermain kini, Server Aria, akan mempunyai keistimewaan yang baru, iaitu kadar peningkatan tahap yang bertambaha sebanyak 2 kali ganda. WOW. Ini adalah untuk membantu pemain-main baru lebih cepat mencapai tahap yang lebih tinggi dan membina kumpulan bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang sudah lama bermain Lineage 2. Tapi keistimewaan ini tidak disukai oleh pemain-pemain lama kerana ia mungkin akan mengugat kedudukan mereka dalam kumpulan elit (pemain tahap 70 ke atas) dengan kebanjiran pemain-pemain baru. Pada pandangan saya, saya merasakan era generasi lama akan berakhir tak lama lagi dan inilah masanya pemain-pemain baru (seperti saya) untuk mengambil alih takhta generasi lama :D