Posts

Showing posts from June, 2008

Hadiah dari Mentor

Image
Status: Rogue Tahap 32 Semalam, mentor saya, BlueRose (Hawkeye Tahap 70), menghantar mesej kepada saya untuk berjumpanya dengan segera. Dengan mengunakan Scroll of Escape, saya berjaya kembali ke pengkalan dengan pantas tanpa berjalan kaki sejauh 3 km dari tempat pemburuan saya (Executioner Ground). Rupanya BlueRose ingin menukarkan dagger saya kepada dagger yang lebih baik di Blacksmith of Mammon. Saya kini mempunyai Mithril Dagger, dagger terbaik dalam kelas D. Nampaknya, peningkatan tahap akan bertambah lebih cepat dengan dagger baru ini. Terima Kasih, BlueRose. Maaf semua, BlueRose adalah lelaki. :D Hari ini, 1 Julai 2008, server Lineage 2 yang saya bermain kini, Server Aria, akan mempunyai keistimewaan yang baru, iaitu kadar peningkatan tahap yang bertambaha sebanyak 2 kali ganda. WOW. Ini adalah untuk membantu pemain-main baru lebih cepat mencapai tahap yang lebih tinggi dan membina kumpulan bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang sudah lama bermain Lineage 2. Tapi keisti

Dari Fighter kepada Rogue

Image
Status: Rogue Tahap 27 Pada mulanya , saya ingin membina karakter Lineage 2 saya untuk mejadi seorang Knight pada tahap 20. Tapi pada tahap 20 yang mana membolehkan saya membuat pilihan untuk menjadi Knight atau Rogue, saya mengambil keputusan untuk memilih pertukaran watak kelas pertama saya kepada Rogue untuk memenuhi keperluan Clan yang amat kekurangan pemanah. Pemanah amat diperlukan dalam Castle Siege dan serangan berkumpulan. Dengan memilih Rogue sebagai kelas kedua , saya kini mempunyai peluang untuk menjadi Hawkeye, antara kelas karakter Lineage 2 yang amat dikagumi kerana serangan critcal hit yang tepat dan tinggi. Buat masa ini, saya bertapak di Lizardmen Barrack berdekatan Gludio Town untuk mendapatkan XP dan memperkuatkan karakter Rogue saya ini . Kini, saya banyak menggunakan Pisau (Dagger) sebagai senjata utama saya kerana senjata panah (bow) mempunyai daya serangan yang amat perlahan dan memakan Soulshot yang banyak untuk membuat serangan. Mangsa Grind Lizardman Wa

Testing Disqus

I just recently install disqus, a third party commenting system. So i test it now!

Hijrah dari Keboringan

Image
Sudah hari ke-3 di tempat yang sama, buat benda yang sama, bunuh raksasa yang sama (Giant Spider & Crusher ) tapi level tak naik-naik jugak. Bila raksasa berstatus putih bertukar kepada status hijau, permainan akan menjadi semakin boring kerana kadar rate perolehan XP yang sangat perlahan. Ini membuatkan berfikir dua tiga kali untuk bayar prepaid untuk bulan depan. :( Hari ini, aku kena berpindah ke tempat lain, mungkin ke pekan Gludin. Cuba cari raksasa berstatus putih. Harap-harap penghijrahan hari ni membolehkan aku sampai ke tahap 20. Penat betul aktiviti grinding ni. Mangsa Grind Giant Spider (Tahap 20)

Apa Perlu Ada dalam Permainan MMO?

Image
Buat masa ini, saya menumpukan segala tumpuan dan masa permainan saya kepada Lineage 2. Permainan MMO Korea ini telah lama bertapak di dunia permainan MMO sejak tahun 2002 lagi, dan ia menjadi satu kemestian kepada peminat-peminat MMO di Malaysia. Pasti semua pemain permainan MMO di Malaysia pernah bermain Lineage 2. Saya baru sahaja mula bermain Lineage 2 pada minggu lepas kerana tertarik aktiviti komuniti Lineage 2 di forum Lowyat.net. Lineage 2 adalah permainan MMO yang berbayar setiap bulan. Lebih kurang, RM 36 untuk satu bulan. Saya pun telah membeli masa permainan selama sebulan sekadar ingin merasakan suasana permainan Lineage 2. Ini adalah permainan MMO pertama yang saya bayar untuk bermainnya. Saya tengok ramai yang main, saya pun gatal juga nak main, walaupun kadang-kadang menyesal melihat wang RM36 terbang kepada suatu yang tiada pulangan kepada saya. Saya melihat banyak pilihan permainan MMO yang berada di pasaran pada masa kini. Ada yang berbayar, ada juga yang percum

Boring Memakan Diri

Image
Saya masih lagi berkampung di Evil Hunting Ground. Pukul punya pukul raksasa yang sama membuatkan saya hampir boring kerana perolehan XP tidak sepantas semasa saya tahap 14. Apabila mencapai tahap 15, saya merasakan kadar peratusan perolehan XP berkurang sebanyak 20 peratus. Ini menyebabkan XP saya lambat naik. Ini agak memboringkan. Untuk menghilangkan keboringan ini , saya meninggalkan aktiviti "membunuh raksasa sama berulang kali"(Grind) dan kembali ke tempat asal permulaan saya iaitu Talking Village untuk menyelesaikan misi jalan cerita (quest). Walaupun penambahan XP tidak boleh diharap sangat melalui quest ini, tapi saya merasa ia lebih merehatkan saya dari keboringan grind. Saya tak peduli jika ditendang keluar dari clan (Infinity) oleh ketua saya kerana lambat menaikkan tahap. Saya bermain Lineage 2 hanya untuk suka-suka, jika ia menyusahkan saya, itu bukan lagi game, tapi ia adalah kerja. :P Punca Keboringan Wererat Chief (Tahap 19) Apa tu? Grind - Membunuh raksasa

Mengubah Gameplay Counterstrike

Image
Saya mahu bermain Call of Duty 4. Saya mahu Team Fortress. Saya mahu itu dan ini. Tapi saya cuma ada Counterstrike je. So mungkin saya cuba tengok code counterstrike dalam masa akan datang. Saya tak beberapa reti sangat, tapi mana tahu saya boleh ubah mana-mana code yang saya boleh ubah. Call for Strike. Mungkin itu nama yang saya akan gunakan. Hihihihi.

Lineage 2 dan Saya

Image
Setelah bermain selama 3 hari, saya berjaya meningkatkan tahap watak Lineage 2 saya kepada Level 15 Human Fighter. Ia agak memboringkan juga apabila membunuh raksasa yang sama berpuluh-puluh kali untuk menambahkan XP dan SP watak saya. Ia lebih memboringkan apabila saya hanya menggunakan satu gaya serangan istimewa sahaja kerana tahap saya masih lagi bawah peringkat 20. Menurut maklumat rakan saya , Lineage 2 akan menjadi lebih menarik apabila tahap watak melepas peringkat 20 kerana lebih banyak gaya serangan istimewa dapat dilakukan. Buat masa ini, saya hanya habiskan masa 2 jam setiap malam dengan membunuh Bugbear Raider di Evil Hunting Ground (berdekatan Gludion Town). Saya suka membunuh Bugbear Raider kerana ia adalah raksasa yang tidak kisah sekiranya anda berdekatan dengan mereka atau membunuh rakan mereka. Ini membolehkan saya melakukan serangan ke atas Bugbear Raider tanpa sebarang ganguan dari raksasa yang lain. Bugbear Raider(Tahap 17) Apa tu? XP - Nilai yang diperolehi untuk