Apa Perlu Ada dalam Permainan MMO?
Buat masa ini, saya menumpukan segala tumpuan dan masa permainan saya kepada Lineage 2. Permainan MMO Korea ini telah lama bertapak di dunia permainan MMO sejak tahun 2002 lagi, dan ia menjadi satu kemestian kepada peminat-peminat MMO di Malaysia. Pasti semua pemain permainan MMO di Malaysia pernah bermain Lineage 2. Saya baru sahaja mula bermain Lineage 2 pada minggu lepas kerana tertarik aktiviti komuniti Lineage 2 di forum Lowyat.net.
Lineage 2 adalah permainan MMO yang berbayar setiap bulan. Lebih kurang, RM 36 untuk satu bulan. Saya pun telah membeli masa permainan selama sebulan sekadar ingin merasakan suasana permainan Lineage 2. Ini adalah permainan MMO pertama yang saya bayar untuk bermainnya. Saya tengok ramai yang main, saya pun gatal juga nak main, walaupun kadang-kadang menyesal melihat wang RM36 terbang kepada suatu yang tiada pulangan kepada saya.
Saya melihat banyak pilihan permainan MMO yang berada di pasaran pada masa kini. Ada yang berbayar, ada juga yang percuma tapi anda perlu membayar untuk menggunakan keseluruhan keistimewaan permainan tersebut. Jika anda bermain secara kasual, Permainan MMO yang percuma adalah paling sesuai kepada anda kerana anda tidak terlalu terikat pada permainan tersebut. Sebaliknya dengan permainan berbayar, anda merasakan anda perlu bermain bersungguh-sungguh untuk memastikan masa yang dibyar tidak sia-siakan. Ini telah membentuk satu golongan pemain hardcore dalam sesuatu permainan tersebut, kumpulan ini boleh dilihat dalam Lineage 2, EVE Online dan World of Warcraft. Permainan-permainan ini masih bertahan beberapa tahun dan berdiri teguh, walaupun saingan mereka kian bertambah setiap hari. Anda tidak akan dapat melihat suasana komuniti permainan berbayar dalam komuniti permainan percuma. Pemain dari komuniti permainan percuma lebih suka lompat kepada permainan baru dan menginggalkan permainan yang lama kerana tiada ikatan kukuh dengan permainan percuma ini. Ini membezakan dengan komuniti permainan berbayar. Hormat saya kepada komuniti permainan berbayar kerana kesetiaan pada permainan kegemaran mereka.
Berbalik kepada soalan utama artikel ini, Apa Perlu Ada Dalam Permainan MMO? Keseimbangan , Komuniti dan Penguatkuasaan. Saya suka mengambil contoh Lineage 2 kerana ia mempunyai ciri-ciri yang perlu ada pada permainan MMO dan telah bertahan sekian lama. Jika anda pernah bermain Lineage 2, anda akan mendapati tiada satu pun watak yang dimainkan boleh ditabalkan sebagai watak terbaik. Ini kerana pembangun permainan Lineage 2 sentiasa memastikan semua watak adalah seimbang dan tidak boleh hidup berseorangan ketika bermain. Walaupun watak anda adalah seorang pahlawan pada tahap tertinggi, anda masih lagi memerlukan watak penyembuh untuk memastikan jangka hayat watak anda berpanjangan.
Komuniti yang kuat dapat menarik pemain-pemain baru untuk mencuba permainan tersebut dan mengekalkan pemain-pemain lama. Sebagai contohnya, thread komuniti Lineage 2 di forum Lowyat.net. Ada sesetengah pemain berrmain hanya untuk berhubung dengan rakan-rakan lama sepermainan mereka. Mereka sayang untuk mencuba permainan lain selain permainan kegemaran mereka kerana mereka telah banyak mengeluarkan wang mereka untuk bermain permainan kegemaran mereka. Respon yang pantas dari komuniti permainan tersebut akan membantu pemain-pemain baru untuk memahami permainan tersebut secara dalam dan kekal bermain permainan tersebut untuk jangka masa yang lama.
Setiap permainan MMO tidak akan terlepas dari tangan pemain-pemain yang tidak bertanggungjawab. Mereka akan cuba memanipulasikan sistem untuk perolehi keuntungan haram dari permainan MMO ini. Salah satu cara, ialah mereka menggunakan satu perisian automatik atau dikenali dengan nama bot. Fungsi bot ini akan memainkan watak tanpa interasi daripada manusia dan segala aktivit dalam permainan akan dilakukan secara automatik oleh bot. Matlamat bot ini adalah untuk mendapatkan mata wang dalam permainan yang mungkin mengambil masa yang lama jika pemain mengumpulkan mata wang secara manual. Pemain jahat ini akan menjual mata wang yang diperolehi ini kepada pemain-pemain yang berminat. Ini mungkin memudahkan pemain tersebut , tetapi ia akan menghasilkan ketidakseimbangan dalam permainan. Ini mengurangkan keseronokan bermain dan tidak adil kepada pemain-pemain yang bekerja keras tanpa bermain tipu. Untuk mengelakkan masalah ini terus berlaku, penguatkuasaan pemilik permainan perlu menggunakan kuasa mereka untuk membatalkan keahlian mereka yang bermain tipu bertujuan dalam memastikan keadilan kepada pemain-pemaian yang lain. Jika tiada penguatkuasan, kaedah penipuan ini akan boleh terus menghancurkan aliran ekonomi dalam permainan tersebut dan menyebabkan pemain-pemain tidak berminat untuk meneruskan bermain permainan tersebut kerana merasakan usaha mereka sia-sia sahaja .
Hubungan yang erat dan kukuh antara pemain , permainan dan pemilik permainan MMO akan menghasilkan permainan MMO yang terbaik. Permainan MMO yang terbaik akan terus dimainkan untuk jangka masa yang lama.

Apa tu?
MMO - Mass Multiplayer Online

Comments