Ulasan EVE Online selepas 3 Bulan (Malaysia)

EVE Online adalah permainan MMORPG sci fi yang berbayar setiap bulan macam korang bayar Astro korang. Bezanya, EVE lebih best dari Astro. Kena bayar lebih kurang RM50 setiap bulan. EVE berbeza sedikit daripada MMORPG yang lain kerana para pemain tak perlu bertempur dengan monster untuk mendapatkan XP, XP bertambah sejajar dengan penambahan masa yang sebenar, kalau skill tu ambil masa 30 hari, maka 30 hari la, skill tu akan habis dipelajari. Manakala sumber pendapatan atau duit boleh diperolehi daripada pelbagai sumber seperti buat mission, melombong, kilang, melanun atau ambik upah dari pemain lain.

Aku malas betul nak ulas lagi sebab malas nak menulis.LOL. ok berakhirnya bahagian 1 ulasan EVE. Menulis sekadar nak update blog je.

bye.

Edit: Mungkin aku patut buat ulasan seringkas mungkin.Hmmm. ok kita bincang tentang gameplay.

Gameplay:
Kapal lawan kapal. Yang bezakan antara kapal adalah skill dan kelengkapan. Kapal yang kalah akan kehilangan semua kelengkapan atas kapalnya. Ini sebenarnya menyebabkan tiada pemain yang sesuka hati membawa kapal dengan kelengkapan yang mahal walaupun kapalnya dapat memusnahkan satu armada kapal frigate dengan mudah. Terdapat banyak kes, kapal yang besar dan mahal mudah dikalahkan dengan strategi kapal-kapal musuh walaupun kapal-kapal yang digunakan adalah kecil dan murah. Berbeza dengan MMORPG yang lain, apabila mati, barang korang tetap tidak akan hilang. Itu pemainan pengecut, senang cerita.

Grafik:
Cantik dan tidak membebankan kad graphik yang lama, walaupun tidak setaraf MMORPG yang lain.

Bunyi:
Jujurnya, bunyi memang tak best. Lagu latar pun macam boring je, takde unsur-unsur dramatik.

Komuniti:
Sangat aktif di forum Lowyat.net. Dianggarkan tgerdapat 20 pemain dari Malaysia yang bermain EVE. Disebabkan EVE hanya menggunakan satu server sahaja, komuniti dari Malaysia mudah berkomunikasi sesama mereka. Komunti Malaysia dan Singapura mudah dilihat di channel #Kopitiam . Pemain dari Malaysia mengganggotai banyak corporation seperti LOLE dan White Star. Tapi untuk membina corp yang selesa berkomunikasi berbahasa Melayu, saya telah menubuhkan corp yang unik, iaitu Gerak Gempur Corp. Corp yang masih muda, tapi dalam perancangan untuk menghalau geng-geng lanun Daisho dari low sec kerana banyak kapal corp aku musnah di tangan lanun keparat ni.

Kesinabungan:
Aku dah main 3 bulan, masih lagi tak jumpa penghujung game ini. Ada member yang bermain game ini dari tahun 2004 masih lagi tak kaya-kaya berbanding dengan old player EVE. Dalam EVE anda tak boleh solo, untuk kaya anda perlu bergantung kepada orang lain. Persekitaran EVE yang kejam dan dinamik membuatkan anda sentiasa berwaspada dengan kapal-kapal lain di sekitar anda. Ada berani? Cubalah bermain game ini.

Update:
Mungkin masa hadapan aku akan cuba ikut format seperti di sini.
http://www.mmorpg.com/blogs/chryses/112007/673_Tabula-Rasa-An-ongoing-raw-review-by-Chryses

Ia lebih menarik dan simple. Hmmm....I Love EVE....

Popular posts from this blog

Google Chart API and .NET 2.0 Framework

I have Youtube Channel