Lineage 2 dan Saya

Setelah bermain selama 3 hari, saya berjaya meningkatkan tahap watak Lineage 2 saya kepada Level 15 Human Fighter. Ia agak memboringkan juga apabila membunuh raksasa yang sama berpuluh-puluh kali untuk menambahkan XP dan SP watak saya. Ia lebih memboringkan apabila saya hanya menggunakan satu gaya serangan istimewa sahaja kerana tahap saya masih lagi bawah peringkat 20. Menurut maklumat rakan saya , Lineage 2 akan menjadi lebih menarik apabila tahap watak melepas peringkat 20 kerana lebih banyak gaya serangan istimewa dapat dilakukan.
Buat masa ini, saya hanya habiskan masa 2 jam setiap malam dengan membunuh Bugbear Raider di Evil Hunting Ground (berdekatan Gludion Town). Saya suka membunuh Bugbear Raider kerana ia adalah raksasa yang tidak kisah sekiranya anda berdekatan dengan mereka atau membunuh rakan mereka. Ini membolehkan saya melakukan serangan ke atas Bugbear Raider tanpa sebarang ganguan dari raksasa yang lain.

Apa tu?
XP - Nilai yang diperolehi untuk meningkat tahap watak
SP - Nilai yang diperolehi untuk membeli serangan.
XP - Nilai yang diperolehi untuk meningkat tahap watak
SP - Nilai yang diperolehi untuk membeli serangan.
Comments
aq main l2 uda lama banget so aq tulis smua pengalaman disitu. anw add fren dunk?
http://thekamael-lineage2.blogspot.com/